Monday, 31 January 2011

~Budaya 'rewang' eratkan silaturrahim~

Baru2 ni aku balik umah mertua di Felda Keratong, Pahang sebab best fren hubby aku kawen.Umah best fren die ni depan umah je pown.Kawan hubby aku ni penah la jadi pengapit mase kami kawen.So, xkan la die kawen kami x dtg plak kan..Anyway, Congrats to Yazid & pasangannye Ameeza.Selamat Pengantin Baru okkk...
Nak dijadikan cerita, mase bangun pagi pas Subuh, aku tgk mak mertua aku ngah bersiap-siap.Aku ni cam biase la kan, sebok nak tau mane mak mertua aku nak pegi. Lebih kurang camni la dialog aku.."Nak g mane mak?Awal dah besiap?"...Mak aku pown jwb " Nak pegi rewang.Nak ikot?"..Ha lebey kurang camtu la dialognye...So, entry aku kali ni ialah nak cite pasal "rewang"!
Korang tau x "rewang" tu ape?Ok, lets me xplain kat uols k.Rewang ni merupakan adat dan budaya masyarakat jawa. Ape yg aku paham, rewang ni ialah penglibatan ahli keluarga dan jiran-jiran yang bergotong-royong dalam sesuatu kenduri kawen. Biasanya ahli keluarga dan jiran-jiran akan membantu dari sebelum mula kenduri sehingga lah selesai kenduri tersebut. Dari keje kupas bawang sampailah ke basuh kawah.Kiranye tuan rumah x perlu risau la sbb jiran2 dah buat semua.
Secara jujurnya, this is first time aku g rewang ni. Hihihi...Pada aku, pengalaman yang aku lalui ni sgt menyeronokkan.Di samping membantu tuan rumah, ianya juga dapt mengeratkan silaturrahim antara jiran2.Masa ni la masing2 dapat berkumpul.Bercerita dan bergurau senda.Mmg sangat menyeronokkan.Tapi bagi yang aku first time ni plak, selain berkenalan ngn jiran2 sbb aku org baru, aku juga dpt belajar masakan org jawa dan aku jgk dpt 1 lagi pengalaman baru iaitu makan kulit lembu masak lemak! Syokkkk~

p/s : sori ye uols x de pic sbb x bwk camera mase pegi kenduri tu.Aku cume bawak pisau je..hihii~

Thursday, 27 January 2011

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita!



Wanita dan kasut tumit tinggi memang x boleh dipisahkan.Kalau x dapat yg 5 inch , 2 inch pown jadi le. Memang anggun dan penuh gaya kalau pakai kasut tumit tinggi ni. Jalan penuh keyakinan, lenggok ala2 model gitu. Aku pown suke. Tapi bila bace tajuk kat atas, seriau gak aku.Huhuhu...Entry kali ni aku nak share ngan korang pasal risiko memakai kasut tumit tinggi. Saje la nak share ngan korang.But its up to uols la lau still nak pakai kasut tumit tinggi lagi. Duit uols,bkn duit ai.Hehehehee..Antara risiko memakai kasut tumit tinggi ialah 
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Boleh menyebabkan kecederaan otot kerana aliran darah yang tidak lancar
Tapi uols, kat sini ade beberapa tip yg agak berguna la jgk if uols still nak pakai tumit tinggi
  • mengehadkan pemakaian kasut bertumit sekitar dua hingga tiga jam saja bagi mengelak berlaku kesakitan tulang belakang dan ibu jari kaki akibat tekanan daripada tubuh badan.
  • pastikan kasut itu dilengkapi pad atau pelapik sokongan yang boleh menyeimbangkan kaki dan memberi kelegaan ketika memakai kasut tumit tinggi.
  • Amalkan pemakaian selipar lembut di dalam rumah untuk menjaga tapak dan tulang kaki.
Skali skala nak pki kasut tumit tinggi ape salahnye. Takkan nak pegi dinner /majlis pki sliper.Hihihi...






~Sahabat sejati sampai ke mati~


 

 ~Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya~
Uols, dah puas menatap pic² yg aku dah upload itu?Kalau uols nak tau ini la bff ai..BFF mase susah dan senang.BFF mase soping, gossiping, gediking,lepaking dan macam² ing lagi la...Even nak tgk AJL pown sesame okkk.Padahal mcm la rumah memasing xde TV.Hehehe...Nasib baik bopren x same.Hik3~
Lau dah dok bekumpul tuh korang tau je la camne havoc dan huru haranya keadaan.Dengan gelak masing² yg loudspeaker tuh.X payah gune mikropon dah.Hilang dah keayuan memasing.Hehehe...
Entry yg kali ni mmg aku tujukan khas utk dorg (Cik Moon, Mira, Ash, Nani, Zila dan Kak Pah).

Dear my BFF,
Mengenali korang sgt² bermakna lam hidop aku.Walaupun kadang² korang ade terase,terkilan dan terkecik ati ngn aku yang bermulut lazer ini, tapi korang tetap disisi aku (ayat poyo)..hihi...Korang sgt baik ngan aku.Sentiasa jadi peneman aku time aku alone.Kita slalu spent time together².TV korang dah mcm TV aku, Peti ais korang dah mcm peti ais aku, rumah korang dah mcm rumah aku (muke x reti malu)...Tapi sewa korang tetap sewa korang bukan aku...Hehehehe..Namun begitu korang x penah complaint (ke aku yg x dgr?huhu)...
Namun begitu korang tetap spesel dihatiku.Jgn tanye kenape korang sgt spesel dihatiku.Sbb aku xde jawapan untuk soalan korang tu.Yang pasti korang sgt spesel!

Dear Cik Moon, 
aku sgt terhutang budi ngan ko.Sepanjang kita pernah duduk serumah, ko dah byk tolong aku.Aku ingat lagi masa 1st time aku jumpe ko.Comel je Cik Moon..eh silap! Comel je suara Cik Moon.Cam doreamon.Hihihihi...Tapi ko seorang yg gagah perkasa sbb hari² ko angkat PC.Ingat lagi kita jumpa kat depan UNITAR kat Kelana Jaya.Masing² sopan je lagi sbb baru kenal kan...Bila kita dah dok same, kita g keje sesame naik motor ko.Ko la minah rempit terhebat ketika itu..Hikhikhik..Byk rasie aku yg ko simpan (ko ingt lagi ape kan?bia pecah diperot jgn pecah dimulut..hehehe..) 
Tak lama pas aku duduk serumah ngn Moon, Mira pown muncul..Tingg!!(sound effect) hihihihi...Cik Moon mmg dah kenal Mira sbb Mira same study ngn Cik Moon dulu.

Dear Mira,
Ko dulu pendiam je.Nyampah ai mase tu tau.Tapi bila dah lame kenal, Mira mmg jenis x byk cakap, lemah lembut, penyabar dan rajin!Tiap² ari Mira sapu lantai kat umah.Aku mmg jarang skali la kan.Hihihi...Tiap² hari kita jalan kaki g keje sesama sbb moto Cik Moon x boleh naik 3 org.Sebelum sampai opis kita mesti singgah kat stall pakcik yg jual pastri tu.Membeli pastri adalah kewajipan sbb nak bekpes kat pantri opis.Bila balik keje plak mesti singgah kat kedai burger.Beli burger plak utk dinner.Aduhh teringin plak nk makan burger daging spesel kat stall bawah pokok tu. Lau muak makan burger kita beli laksa.Makan je aku ngn ko Mira.Hehehe...Ingat lagi x masa kita jalan kaki lenggang mak Limah,ujan ttibe turun.Kita pown berlari² dgn ayunye ketika itu sbb pki baju kurung dan heels..Tuh x termasok lagi ngan kene sergah ngan anjing uncle tu.Hahaha..Rindunya detik itu...

Dear Nani,
Camne kita leh kenal ek dulu?Kalau x silap aku ko add aku kat YM kan?Mase tu ko dpt tau dr Cik Moon pasal lelaki yg kite gelar JK kaco aku..Kan?Tapi si JK dah xde dah skg.Aman dunia...Hahahaha..
Kita slalu borak dan gosip dalam YM je la..Aku x penah jumpe ko.Tapi aku x ingat bila mase kite jumpe.Rasenye ko dtg opis cikmoon kot...X ingat la.Ke mase yang kita kuar berempat ngan cik moon n cham?Yang kiteorg jemput ko kat umah.Masa tu ko duduk ngan kakak ko kat KL.Tak kisah la masa bile pown tapi best la kawan ngan ko sbb ko same negeri ngan aku.Hehehe...Walaupun ko kadang² moody, tapi ko x penah la lepaskan bad mood ko kat aku..Ko cpt je cool..Nasib baik..Hehehe...Sepanjang aku kenal ko jgk, aku x penah tgk ko dating. So, aku doakan ko cpt dpt BF k..Rugi woo xde BF..Just kidding!Ekekeke

Dear Zila,
Aku mmg suke sgt kwn ngan ko.Ko tau x kenapa?Sbb camne aku wat kat ko pown, ko cool je.X de sentap langsung. Kadang² aku begurau mmg brutal tp ko rilex je. Kdg² ko ade gak bg nasihat kat aku.Mungkin ko x perasan yg ape yg ko ckp tu sbnrnye nasihat.Ko mmg best arr Zila ! Thumbs up for u dear!Ko seorang yg sangat mementingkan penampilan diri.Even nak kemas rumah pown ko pki haircap.Mula² aku mmg xleh terima tp bile dah lelame,dah terbiasa ngn perangai pelik ko tu.Walaupun ko nampak moden pegi gym seminggu 2x, ko tetap x lupekan petua orang² tua iaitu sapu santan ngn limau kat rambut.Hehehe...Satu lagi yang wat aku respect ngn ko ialah wpon ko kekadang sexy, tp solat ko jaga.U r the best again babe!My wish is semoga ko cepat menamatkan zaman bujang k..

Dear Ash,
Ko la yang paling lamaaaa skali aku kenal.Since we're in school!Lama kan?Hehehe...Ko lagi kenal aku camne.Seorg yg bermulut lazer, berterus terang or outspoken dan kdg² keanak²an...Aku pown kenal ko.Aku tau ko pernah terase n kecik ati ngn aku tapi itu lah aku.Ko seorg yang bercita² tinggi.Hope ko dpt capai cita² dan impian ko wpon x semua ape yang kita nak kita leh capai.Ingat tu...Setinggi mana pown kita berada, jgn lupe yang kita pernah berada di bawah.

Dear Kak Pah,
Kak Pah dah mcm kakak aku sbb aku xde kakak.Wpon Kak Pah baru je dikalangan kami tapi rase mcm dah lama sangat kenal Kak Pah.Siyes!X tipu ni...Hehehe...
Kak Pah jaga kiteorg sume mcm kami ni adik² kandung Kak Pah.Terharu sgt.Lau boleh nak pelok Kak Pah ni.Tapi nnti orang kate aku Lesbo ler plak..Hehehee...Hope Kak Pah akan terus jaga kiteorg mcm adik² Kak Pah.Kak Pah seorg yang jenis x suke dgr sebelah pihak.Itu la yang aku suke psl ko Kak Pah.Lagi satu Kak Pah terer masak!X caye?Tanye la Cik Moon,Ash,Mira,Nani n Zila...
Kak Pah, aku tau ko penah kecewa ngan lelaki.Tapi aku doakan semoga ko bertemu ngan lelaki yang benar² cinta dan sayangkan ko.

Lastly, aku harap persahabatan kita ni biarla hingga hujung nyawa...Maafkan segala kesalahan aku (if any).Sesungguhnya aku ni manusia biasa yang x lari dari melakukan kesilapan.Aku sayang korang!



 

~Agar-agar laicinatadecoco versi Kejulicious~

Tadaaaaa!!! Haa...Mempersembahkan Agar-agar LaiciNatadecoco versi Kejulicious.Erm...Nice try la bagi percubaan kali pertama.Korang jgn kutuk okkk! Hik3...Nak resipi?Don't wori korang xkan kene food poisoning okkk...

Bahan-bahan
1 pek agar-agar
1 cawan gula
1 tin laici  dan nata de coco (ikot suke nak letak byk mana)
1 setengah air disukat menggunakan pek agar-agar

Cara 
Masukkan air dan agar-agar kedalam periuk dan masak sehingga agar-agar tidak kelihatan lagi , kemudian masukkan gula.Tunggu sehingga gula larut sepenuhnya.Masukkan kedalam bekas dan kemudian taburkan isi laici dan nata de coco.Sejukkan sebentar dan kemudian masukkan ke dalm peti sejuk. Ready utk di makan!

Selamat mencuba ye uols~

Wednesday, 26 January 2011

~ai la si Mak Kutu itu ~

Buat julung² kalinye untuk year 2011 ini ai telah diberi penghormatan untuk menjadi 'mak kutu'..Weee apekah 'mak kutu'???Jeng3...Hahahahaha
 Korang penah main kutu x?Ellooo...ini bukan kutu yg kat kepala tu okkk. Ok² pada yang x tau main kutu tu ape, meh sini Keju nak kasi tau. Ni nak bagi ilmu pengetahuan ni. P amik pen ngn buku nota cepat! Cikgu Keju mau bagi ilmu pengetahuan.Hehehe (Over lak ai ni kan...)
 Main kutu ialah apabila sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.So, yang ketua ni la yang akan jadi ceti collect duit dar ahli kumpulan yang main then bagi duit tu kepada yang berhak dapat. Ada paham?
So, nak di pendekkan cerita aku telah dilantik oleh anak² kutu utk menjadi mak kutu a.k.a ketua yang akan collect duit. Aku main ngan dak² opismate seramai 12 orang.Sorang sumbang RM100. So masing² akan dapat RM1,200 la... Makcik kayo...Makcik kayo...Hahaha..Dan hari ini bermula lah tanggungjawab ai sebagai mak kutu sbb hari ni GAJI !Sebelum dorang kering kontang, mak kutu pagi² lagi dah jadi ceti.Hehehe...FYI, aku ngn opismate main kutu ni bkn ape.Saving semasa sesak.Ade yang nak byr duit road tax kete la, nak beli present utk besday wife la and ade gak yang nk beli pampers/keperluan anak².Almaklum le memasing t/jwb byk.Yang aku plak nak main kutu sbb nak tambah duit utk shopping! Sbb turn aku nanti ialah sebelum Raye Aidilfitri..Hip hip hoorayyy!!!Hihihihii...Gaji+bonus raye+duit kutu = Makcik kayo utk sebulan! Tapi pas raye...Aku kering kontang! Sooobbbbbb3!!!~
Eh..cite raye la plak! Ok..ok berbalik kpd mak kutu tadi..Disebabkan ai dpt anugerah title 'Mak Kutu', jadi bertambah lah lagi satu azam taon baru 2011 ai iaitu menjadi seorg mak kutu yg amanah, berdedikasi, cekap dan pantas! Hehehehee...
Ok la uols..gtg la. Malam ni aku nak masak agar-agar laici.First time nak try wat ni..X tau la camne rasenye nanti. Korang tunggu je la k...Nanti ai upload pic agar-agar lam blog k..Tungguuuuuuuuuu~

~Ya...itu lah aku~



Cakk! Hehehe. Ini lah aku.Aku seorang wanita yang dilahirkan pada 13 Ogos 1984.Mude lagik.Hihihi...Anak 1st dari 6 adik beradik. Dilahirkan sebagai pemimpin.Hahaha..Ai kak long uols. Dikalangan family aku dipanggil 'Kakak' je.Tapi korang leh panggil aku Keju!Y Keju?Cz ai reallyyyy like cheesecake! Sedap sehingga menjilat jari..Wiwiwiwiii~What?My real name?Ermm...bia la rasie.Ekekeke...Ok, my real name is Niza! Panggil Niza pown ok..Thats my name...

Aku seorang yang agak degil dah keras kepala.Tapi xde la sampai x boleh nak terima pendapat/nasihat org lain.Masih ade consideration la uols. Tapi dalam pada keras kepala tu aku ni seorg yg mesra. Kadang² terlebih mesra menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris sbb aku seorg yang suka berterus terang dan tidak berselindung. Im sowi sayang² sekalian. Ramainye sayang ai?Sayang² aku ialah family,bff,opismate n member² yg mengenali diri ini.Cewahh...Hehehe... Namun begitu, percaya lah.. korang akan merasa seronok apabila telah kenal ngn aku kerana aku seorg yang funny gak. Bergurau dan kuat ketawa ala² loud speaker adalah my feveret! X percaye?Try me!Hahahaha~

Owh ya! Lupe nak kasi tau. Ai ni romantik ye uols..Jgn x caye lak.Hihihihi..Walaupun aku x mcm pompuan melayu terakhir, tp lam ati ade taman okkkk..
Erm...tuh je la kot nak kasi tau. Lau de pape yang nak tau jgn memalu nak tanye yer..Dun shy² cat ok! Tata for now~