Tuesday, 1 February 2011

~Mari belajar loghat Negeri Sembilan~


Arini aku cam bosan je x de mende nak buat. Tetibe lak terpikir nak masukkan entri pasal loghat n9.The truth is aku skg ngah mood nak balik kampong terchenta, Nogori Sombilan!Kan nak cuti CNY ni.Hihihihi~
So, ini ade beberape words loghat n9 utk knowledge korang.

Eden / Esei = Saya
Cth ayat : Namo eden/esei Niza (Nama saya Niza)

Omak = Emak
Cth ayat : Omak, eden nak poie pokan jap (Emak, saya nak pergi pekan sebentar)

Bega = Degil
Cth ayat : Apo pasal bega bona ekau ni Adi?(Kenapa degil sangat engkau ni Adi?)

Bona = Sangat
Cth ayat:  Rujuk ayat bagi contoh bega

Minam = Minum
Cth ayat: Moh poie minam? (Jom pegi minum?)

Jobo = Perasan bagus/riak
Cth ayat: Tak payah la jobo sangat kalau setakat dapek nombor 5 dalam kolas (Tak payah la riak sangat kalau setakat dapat nombor 5 dalam kelas)

Hobin = Pukul/ Belasah
Cth ayat: Nak kono hobin ko ekau ni??? ( Nak kene belasah ke engkau ni???)

Ghoman = Rupa / raut wajah
Cth ayat: Cantik boto ghoman anak Pak Mansor tu. (Cantik betul rupa /raut wajah anak Pak Mansor tu)

Mencelinak = lari lintang pukang
Cth ayat: Ehsan dan Ahmad mencelinak lari selopeh di serogah oleh ketua kampung (Ehsan dan Ahmad lari lintang pukang selepas di sergah oleh ketua kampung)

Poie = Pergi
Cth ayat: Poie pokan naik basika (Pergi pekan naik basikal)

Hongeh = Mengah
Cth ayat: Zul beraso hongeh kerana makan terlalu banyak (Zul  berasa mengah kerana makan terlalu banyak)

Ontok-ontok = Diam-diam
Cth ayat: Duduk la ontok-ontok Cham oi.Macam borok kono belacan la ekau ni! (Duduk la diam-diam Cham oi.Macam beruk kene belacan la engkau ni!)

Kobau = Kerbau
Cth ayat: Pakcik Zakariya memboli 3 ekor kobau untuk majlis kawen anak sulongnyo. (Pakcik Zakariya membeli 3 ekor kerbau untuk majlis kawen anak sulongnya.)

Lelan = Cuai/Leka
Cth ayat: Disobabkan terlampau lelan, Mira tolah kehilangan beg duit.(Disebabkan terlampau cuai, Mira telah kehilangan beg duit)

Boleng = Bogel
Cth ayat: Apo ekau biarkan anak ekau boleng jo tu Jue? (Ape engkau biarkan anak engkau bogel je tu Jue?)

Bongkar = Bangun
Cth ayat: Bongkar la Intan oi. Tak elok anak daro tido sampai meninggi hari! (Bangun la Intan oi.Tak elok anak dara tido sampai meninggi hari!)

Tak semonggah = Tak senonoh
Cth ayat: Tak semonggah boto la perangai ekau ni jang! (Tak senonoh betul la perangai engkau ni jang!)

Poloser = Pemalas
Cth ayat: Poloser boto ekau ni Abu. Kojo tak maun,menghabihkan boreh jo. (Pemalas betul engkau ni Abu. Keje tak nak, menghabiskan beras je)

Ha..ini lah dia antara loghat² n9 yang aku leh share ngan korang. Tetibo lak terbayang gulai masak lomak cili api omak eden! Hahahahaa~

p/s : Buat my Opismate, pinjam name korang yer..Luv uols la!Hik3






6 comments:

  1. rasa pelat cakap negeri nilah...hahhahaha

    ReplyDelete
  2. ehsan : ewah²...org rembau pelat ckp n9?x yah nak jobo la..hahahaha

    ReplyDelete
  3. nasib baik nampak anak untuk boleng tu ingatkan si jue tu...hahahahah

    ReplyDelete
  4. hahahaha..yg boleng anak..bkn omak..ekekeke

    ReplyDelete
  5. nieza & ehsan : Moh poie minam?
    den ghaso nk minam air paneh² la
    kui...kui..kui..;p

    propeser nop so ezi a.k.a cik moon

    ReplyDelete
  6. uiks..propesor le plak moon..hik3..
    nak poie minam?eden nak balik dah la propesor..next time la yo..hehehe

    ReplyDelete