Tuesday, 15 February 2011

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah?

"Awak..nape awak tinggalkan saya?Ape salah saya???Kenapa awak curang dengan saya???"

"Kenapa la saya asik dikecewakan bila saya mula menyayangi sesorang tu?Kenapa???"

"Saya dah serik nak bercinta lagi.Dah banyak kali saya dikecewakan!"

"Kenapa mesti saya yang harus lalui semua ni?Kenapa Allah temukan saya dengan lelaki yang x setia???"Kenapa???"

Aku pasti yang korang sume mesti pernah lalui situasi kat atas kan?Pada yang x pernah tu, tahniah la.Putus cinta?Memang sakit..Rase macam ditusuk sebilah pedang samurai! Arghhh memang sakit!Rase macam nak mati je.Rase macam nak bunuh diri je.Rase macam hidup ni dah berakhir.Astaghfirullahalazim...
Kenapa mesti nak buat keje bodoh tu???Dah cukup amalan ke sampai nak bunuh diri??Korang tau x ape hukumnya bunuh diri ni?Membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W... Apa akan jadi pada ibu dan ayah kita bunuh diri?Sedih kerana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh meninggalkan mereka kerana seorg lelaki.Malu kerana dicemuh masyarakat sekeliling kerana x pandai didik anak.Sanggup ke korang biarkan ibu ayah korang besedih dan dicemuh masyarakat?X sayang ke korang kat mereka yang dah jaga korang dari sebesar tapak tangan sehingga korang jadi manusia yg berjaya?Ini akhirnya balasan korang untuk mereka???
Jangan salahkan sesiapa sekiranya kita sering dikecewakan dan jangan sesekali menyalahkan Allah!Setiap yang terjadi itu pasti ade hikmahnya.Allah tau apa yang terbaik buat hambaNya.
Aku pown pernah kecewa dalam percintaan.Beberapa kali jugak.Bercinta bagai nak rak.Bertahun2 menyulam cinta.Bersumpah janji setia.Gayut tipon berjam2 lamanya sampai panas telinga.Panas telinga kiri tukar telinga kanan plak.Sanggup ikat perot nak beli topup.Setia sampai dah x pandang lelaki lain...Tapi akhirnya??"U, i rase kite ni x serasi la" <---sakit hati x bile jadi camni? Alasan x serasi padahal dah jumpe another girl. Sedih?Memang sedih.Sampai x lalu nak makan.Nak study pown x concentrate.Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, aku nekad x nak bercinta lagi.Takut kecewa lagi kononnya...
Tapi Allah tu Maha Berkuasa.Kita cume merancang tapi Dia yang menentukan.Aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang mungkin Allah ciptakan untuk aku.Seorang lelaki yang sangat cool dan penyabar.Mulanye sbg seorg kawan kemudian bunga2 cinta mula berputik.Ahhh aku jatuh cinta lagiiii! Kau mmg jahat sebab dah buat aku jatuh cinta lagi (Ala2 lagu Stacy tajuk Jahat). Jangan tanya camne kiteorg leh bertemu okkk..Bia la rasie..=)
Aku ingat lagi malam itu di bulan Mac 2009.Dia call aku.Mase tu aku sedang iron baju.Dengan x de mukadimah terus dia cakap " Hari Sabtu depan family i nak datang merisik"... Erkk..Aku tergamam.Perasaan bercampur baur..Gembira,terharu,takut semua ada. Seperti yang telah dijanjikan,family dia datang ke rumah.Ini adalah kali pertama aku dan die bertemu family masing2 sbb kami x pernah bwk pasangan balik rumah untuk kenalkan dengan family.Masa merisik tu la kali pertama kami bertemu family masing2.Setelah perbincangan dilakukan, kedua belah pihak bersetuju untuk melansungkan pertunangan pada bulan April 2009. Dalam tempoh bertunang,macam2 dugaan yang datang.Selisih faham,orang ke-3 dan masalah2 lain yang x disangka2... Tapi jodoh kami kuat.Kami berjaya mengharungi setiap dugaan yang diberi Allah s.w.t...
Pada 12 Mac 2010, aku telah sah bergelar isteri kepada Mohd Nordin Bin Isman.Alhamdulillah...
Walaupun kami baru 11bulan menjadi suami isteri, kami bahagia. Susah senang kami lalui bersama-sama.
Kini, baru aku mengerti kenapa Allah temukan aku dengan orang yang salah.Kerana Dia mahu temukan aku dengan suamiku...Dan pengalaman putus cinta itu juga telah mematangkan aku dan menjadikan aku lebih berhati-hati dalam mencari cinta sejati.Sesungguhnya cinta sejati dan hakiki ialah cinta kita dengan Allah s.w.t...
Percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.InsyaAllah...
Ini adalah antara beberapa tips yang boleh dilakukan sekiranya putus cinta :
  • Bagi yang Islam, dekatkan diri dengan Allah.Perbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir
  • Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti menjadi sukarelawan di rumah kebajikan.
  • Contact semula kawan-kawan yang dah lama korang tinggalkan sbb x-boifren korang yang tak berguna tu.Ajak keluar.Tentu banyak cerita nak dikongsi sbb dah lama x jumpa.
  • Shopping.Agak membantu jgk untuk lupakan kisah sedih.Shopping jugak satu terapi tapi jgn sampai membazir okk!
  • Laksanakan hobi korang yang selama ni tak terlaksana sbb x-boifren x suke hobi korang tu.Skrg ni la masanya nak laksanakan sbb dah xde sape nak kongkong/larang.Betul x?
  • Buang/ pulangkan segala pemberian/kepunyaan x-boifren.Tapi kalau uols jenis yang kental, boleh je nak simpan sbg kenangan.
  • Cari kawan baru seperti di laman sosial.Tapi jangan sampai tertipu ok.Sekadar untuk berkawan x salah untuk melupakan kesedihan.
  • Bercuti.Pergi bercuti bersama family/kawan-kawan. Rileks kan minda dan buang jauh2 segala kenangan pahit.
  • Sentiasa berfikiran positif.Jangan seksa diri untuk lelaki yang x tau nak hargai wanita.Kalau dia boleh happy bersama pasangan baru, kenapa korang x boleh?Betul x?
  • Jangan sesekali menyerahkan cinta 100% kepada lelaki yang belum lagi bergelar suami.Sbb kalau korang dah bagi 100% hati korang kat lelaki, berapa % je yg tinggal kat korang.Ini adalah salah satu punca kenapa wanita mudah kecewa apabila putus cinta.Setia tu x salah tapi berpada2 la.
Disini ada beberapa keping gambar kawen aku untuk tatapan korang.Hak cipta terpelihara ok! Kalau nak sila mintak izin dulu then credit to kejulicious




p/s : always look at what you have never look at what you have lost...past is past dear

2 comments:

  1. tak ku sangka ia adalah catatan wan rosmaniza....ahaks..

    ReplyDelete